Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 VERSI 2??

BAJET 2010 VERSI 2??

Rakyat Malaysia tertunggu-tunggu pembentangan bajet 2010 dan akhirnya pembentangan dibentang. Ramai yang mengharapkan bonus bagi sektor awam dan pelbagai spekulasi yang berlegar sebelum ini terjawab. Datuk Seri Najib memulakan pembentangan bajet dengan memetik surah Az Zukhruf ayat 32 dengan menekankan bahawa bajet ini adalah amanah yang diberikan yang wajib beliau tunaikan. Ketika artikel ini ditulis, masih terlalu awal bagi saya mengemukakan pandangan-pandangan tokoh mengenai bajet. Tetapi sebagaimana tahun-tahun yang sudah, sama ada pandangan yang memuji mahupun yang mengkritik masih dalam kerangka bajet dalam ideologi kapitalisme.


Bajet adalah pernyataan ekonomi dan kewangan utama yang dibuat setiap tahun. Di Britain, ia disediakan oleh Canselor dari Jabatan Exchequer untuk dibentangkan di Parlimen. Sejak 1698, menjadi satu amalan bagi Canselor untuk membentangkan bajet pada musim bunga atau kebiasaannya pada minggu keempat bulan Oktober. Sehingga hari ini menjadi budaya bagi mereka yang dididik sebagai pengamal ekonomi kapitalisme untuk menyusun bajet sedemikian rupa dan Menteri membentangkannya untuk 2/3 kelulusan di Parlimen.

PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET
1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan kabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam sistem demokrasi. Sedangkan dalam sistem khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.


2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swt:
“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.”

Sabda Rasullulah saw:
“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:
“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka datang untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak memberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.

Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.


3) Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam.

Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)
“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)


4) Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:


“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak


5) Bajet ini tidak membezakan antara bentuk kepemilikan individu, umum dan Negara sebagai mana yang dijelaskan Islam. Akibatnya, Negara merampas harta yang secara syar’inya adalah kepemilikan umum mahupun kepemilikan individu.

Rasulullah saw bersabda:
“Harta seorang Muslim tidak dihalalkan (bagi orang lain), selain mengikut kerelaan hatinya”
“Harta setiap Muslim, kehormatannya dan darahnya diharamnkan bagi Muslim yang lain” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Antara contohnya, hak milik umum seperti petroleum menjadi hak milik konsesi Petronas, wang rakyat digunakan bailout syarikat berkepentingan dan cukai dari pendapatan kita.

6) Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, fa’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.

7) Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet. Pakej-pakej raangsangan untuk memastikan sektor perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.
لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّباَ وَمُوْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ, وَقَالَ: هُمْ سَوَاءٌ

Rasulullah saw melaknat orang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Belia bersabda; Mereka semua sama”. (HR Muslim)

JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?
Islam menjelaskan hak kepemilikan kepada 3 bahagian, iaitu:
a. Harta milik negara
b. Harta milik umum
c. Harta milik inidvidu

a. Harta Milik Negara
Allah telah menjelaskan kepemilikan milik negara adalah
i. Ghanimah dan Anfal (Rampasan harta dari perang)
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anfal. Katakanlah bahawa anfal itu untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal :1)
Dan ketahuilah bahawa sesunggunya dari ghanimah yang kamu sekalian peroleh, maka seperlimanya untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal : 41)
ii. Fa’I (Harta Rampasan tanpa berperang)
Dan apa saja fa’I yang diberikan Allah dan Rasulnya (dari harta benda)mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak pula seekor unta pun, tetapi Allah yang member kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendaki- Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Hasyr :6)
iii. Kharaj – hak kaum Muslim ke atas tanah kharajiah (seluruh wilayah yang Islam masuk dengan jalanj jihad kecuali Makkah). Ia adalah berdasarkan ijma’ suquti para sahabat terhadap tindakan Umar ketika menjadi khalifah yang tidak membahagi-bahagikan wilayah khaibar.
a. Kharaj Unwah (Kharaj Paksa)
b. Kharaj Sulhi (Kharaj damai)
iv. Usyur – hak kaum muslimin terhadap tanaman di tanah usyuriah (wilayah ummat Islam yang tersebar dengan jalan selain jihad seperti Malaysia).

v. Jizyah – cukai ke atas kaum kafir dzimmi yang tinggal dalam Khilafah Islam.

“ Sehingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedangkan mereka dalam keadaan tunduk” (At Taubah : 29)

vi. Khumus dari Rikaz – galian yang yang terhad
vii. Harta kelolaan negara (marafiq) – harta-harta dan apa-apa yang dikelolakan oleh negara seperti perkhidmatan bas, pos dan sebagainya.
viii. Dharibah – harta yang diambil dari orang Islam dan mampu sahaja sekiranya seluruh dana yang ada habis atau tidak mencukup.

“keluarlah kalian dalam keadaan ringan mahupun berat. Dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Itulah yang lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” (At Taubah : 9)
ix. Zakat
x. Harta ahlu riddah (orang murtad) dan harta tanpa tuan.

b. Harta Milik Umum
Harta milik umum adalah harta yang ditetapkan oleh Syar’ (Allah) sebagai milik bersama kaum Muslim. Ia tidak boleh dijadikan milik negara dan tiada ada mana-mana individu atau syarikat yang berhak memonopolinya.
Harta jenis ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu:-
i. Keperluan yang diperlukan oleh ummat dalam kehidupan seharian. Sabda Nabi
“ Ummat Islam berkongsi tiga perkara iaitu air, oasis dan bahan api”

ii. Harta yang keadaan asalnya terlarang bagi mana-mana individu memilikinya seperti kaabah, mina, masjid, jalan raya dll. Sabda rasulullah saw:
“Mina adalah milik orang-orang yang lebih dahulu sampai”
“Kalian dilarang duduk di jalan-jalan umum”
iii. Seluruh bahan galian yang bersifat tidak terbatas atau istilaf fiqihnya ma’al idd (air yang mengalir) seperti besi, timah, petroleum, gas dan bahan-bahan sumber alam yang bersifat sedemikian. Diriwayatkan oleh Abidh bin Hamal al Mazaniy
Sesungguhnya dia bermaksud meminta lombong gram dari Rasulullah. Maka baginda member kepadanya. Semasa baginda memberikannya, berkata seorang lelaki yang ada pada majlis tersebut, “ Apakah engkai mengetahui apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya apa yang telah engkai berikan itu adalah laksana air yang mengali (ma’al idd)”. Lantas baginda bersabda, “ (kalau begitu) tarik kembali darinya”.

C. Harta hak individu
Adalah harta yang dimiliki oleh individu yang diperolehi secara sah. Adalah haram bagi mana-mana pihak merampasnya.

Inilah penjelas ringkas sumber pendapatan negara Islam, yang telah ditunjukkan oleh Al Quran, ditunjukkan oleh Rasulullah dan diamalkan oleh khulafaur rasyidin. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana budget negara kapitalisme hari ini termasuk budget 2010 yang dibentang siang tadi. Ia merupakan suatu kewajipan yang wajib kita lakukan. Tanpa wujudnya khilafah, hukum amwal ini akan hanya jadi hukum yang bersawang tanpa perlaksanaan.

Kesimpulan
Dunia hari ini diatur menggunakan ideologi kapitalisme. Sekularisme adalah aqidah bagi ideology, demokrasi adalah system pemerintahannya dan kapitalisme adalah system ekonominya. Bajet yang dibentangkan hari ini adalah sebahagian dari apa yang diajar oleh ideology kapitalisme. Ia bertentangan sama sekali dengan fiqh amwal dalam system ekonomi Islam. Akibat dari kehancuran system khilafah Islamiah , system pemerintahan Islam dan juga ekonomi sama-sekali tidak terlaksana dalam kehidupan hari ini. Maka, sumber pendapatan dan perbelanjaan yang jelaskan oleh Islam sama sekali dipraktikkan. Inilah yang membawa kesengsaraan kepada ummat dunia hari ini. Marilah sama-sama kita berdakwah untuk mengembalikan system khilafah Islam agar hukum seluruh hukum syara’ dapat dilaksanakan.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ
بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah :49-50)

Saturday, August 22, 2009

(",)

Cermin Mata

Dalam perjalanan ke Daerah Tutong ,Hisham dan isterinya, Salma singgah di restoran Aneka Citarasa.Selepas menyambung perjalanan baru Salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

" Ala , mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham.

Tidak akan dihukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Suami Terbaik


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Dengan Penuh Senyuman


Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Thursday, August 6, 2009

ADIK.......

Aku ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut; "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Adik…kasih sayangmu tidak berkesudahan, ketahuilah kakak menyayangimu berpanjangan…..

Wednesday, July 29, 2009

Di manakah kedudukanku kelak wahai Allah...

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akankeluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab,

"Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Saturday, July 25, 2009

MENURUT Imam al-Ghazali dalam Ihya 'Ulum al-Din, akhlak tercela boleh timbul daripada dua nafsu syahwat (keinginan) iaitu nafsu makan dan nafsu seks dan juga daripada lidah, iaitu tutur kata.

Dengan itu, kita perlu mengawal ketiga-tiga umbi kejahatan terbabit supaya tidak menguasai diri.

Al-Ghazali menyenaraikan 20 kejahatan lidah, antaranya kata-kata kasar, kesat, lucah, berbohong, menyumpah, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat.

Di samping itu, bercakap mengenai perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah.
Kejahatan lidah ada yang besar dan ada yang kecil. Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti dan memudaratkan orang lain dan juga diri sendiri. Contohnya, kata-kata kesat kepada ibu adalah haram dan berdosa besar.

Menurut al-Ghazali kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan kepada seseorang sama ada di dunia atau di akhirat.

Monday, July 20, 2009

PISANG & HATI
www.rajadalilah.blogspot.com


Fahimah, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Fahimah.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Fahimah sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Fahimah.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Fahimah.

Fahimah mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…! (",)

Monday, June 29, 2009

MIMPI SEORANG GADIS

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"